ini adalah meal treachery yang saya masak untuk Ramadhan kali ini
kerana start Rabu dah nak berkampung di kuantan, dalam bilik hotel tak masak dah.
Paih hantar gambar steamed siakap masa saya tengah bekerja.
so kenela tunaikan hasrat perutnya.
sangat mudah. tapi sangat sedap.
of course sedap mengikut citarasa masing-masing la.
BAHAN-BAHAN:
Ikan siakap
Bawang putih - 1 labu (saya jenis suka garlic banyak)
Halia - 2 inci
Tomato masak - 2-3 bijik
Serai - 3-4 batang
Cili padi - 4-5 bijik
Cili hidup - 2 batang
limau kasturi - atas selera
CARA-CARA:
tumbuk bawang putih dan halia.
(saya tak kisah tergigit so saya tumbuk, kalau jenis suke hiris silakan la, ade yg suke ketuk-ketuk je.. saya mmg suka tumbuk sbb air jd keruh sikit dan still bole makan bawang putih and halia tu)
lumurkan bawang putih, halia dan garam tadi pada ikan.
perap seberapa lama yang anda suka.
(saya kejar masa so takde lama pon, sambil-sambil prepare bahan lain je perap)
tomato - di potong kecil
serai - diketuk
cili hidup - dihiris
cili padi - ditumbuk kasar sikit-sikit (atas selera ye)
letak ikan atas pemanggang ajaib
tambah air sampai 3/4 paras pemanggang
campak-campak SEMUA bahan
saya bagi air mendidih-didih dulu baru tutup penutup
saya tutup dalam 5 minit je utk bg masak dalam
lepastu saya balikkan ikan sbb nak bagi rata
last sekali perah limau kasturi
sebab saya suka masam tomato, saya letak banyak tomato so limau sikit je
then garam gula secukup rasa
makan dengan nasi panas dan telur dadar
aaaarrrghhh terliur balik membayangkannya.
No comments:
Post a Comment