Pages

11 June 2017

Resepi Ikan Goreng Balado dan Lala Masak Merah

Abang and family are coming over..
Mummy and Daddy pon are here..

Penat fikir nak masak ape..

Masuk supermarket nampak ikan.
terbayang nak ikan goreng kunyit bodo je.
tapi kering pulak.
tak semua orang suke.

so paling simple, masak balado aje la.
sangat senang.


IKAN GORENG BALADO:
Bahan-bahan:

Ikan mengikut citarasa - goreng garing dengan garam kunyit
Bawang merah - banyak-banyak - 10 bijik
Bawang putih sikit - 2-3 bijik
Cili merah - 7-8 batang
(ade yang saya tengok balado warna hijau, gune cili hijau la kot)
kalau campur cili maybe tak cantik sbb warna keorenan je kot nanti
garam 
gula
asam jawa

Cara-cara:

Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili merah (saya pakai mini food processor je)
kalau pakai blender hasil tak best dan tak sama, jd macam masak sambal biasa je nanti
saya pernah try pakai dry blender dulu-dulu.. tapi mcm susah sikit nak dapat tekstur yang best.

tumis bahan tadi dalam minyak banyak
sampai garing tapi jangan sampai hangit
pastu letak air asam jawa
saya pakai tomato potong dadu haritu so tak letak asam jawa
tambah garam gula secukup rasa
of course saya sebagai orang Kelantan sejati, suka kalu balado ni ada rase manis sikit.. tp tak manis sangat sampai mcm buat sira pulak..

LALA MASAK MERAH/TUMIS

Bahan-bahan:
Lala 
Bawang merah - 5 biji
Bawang besar - 1 biji
Bawang putih - 3-4 biji
(semua proportion bawang tu atas pilihan masing-masing sebenarnya)
Cili kering - blend
halia sikit
air asam jawa
serai (kalau suka)

Cara-cara:
Blend bawang-bawang dan halia
tumis bawang sampai garing
masukkan cili kering yang diblend 
sampai garing
masukkan air asam jawa
kalau suka serai td, saya masukkan masa tumis bawang

tambah air sikit
bile air kering sikit sampai kuah pekat, masukkan lala
air lala akan turun
lala masak sekejap je, jangan lama nanti kecut
pilih kepekatan kuah ikut citarasa sendiri
tambah garam gula secukup rasa

resepi semua nampak mcm sama je kan bahan-bahan dan cara
tapi saya rase the critical and differentiating points adalah semasa menumis tu
perlu cukup garing tapi tak boleh hangit
so kene cari balance tu, kalau dah nak hangit tp tak cukup garing, tambah air sikit- sikit




(gambar tak instagram-able langsung :p )
cukupla untuk kenangan dan rujukan diri sendiri

No comments: