Pages

12 December 2014

Jane Austen Land


seumur hidup saya, walaupon sering mendapat peluang membaca tulisan Jane Austen, saya tak pernah terpanggil untuk membacanya..mungkin kerana terlalu banyak perbincangan mengenainya menyebabkan saya merasakan ia adalah bacaan serius dan takut tak bersesuaian dengan jiwa saya...

satu-satunya Jane Austen-related story yang perch saya baca adelah 'I Was Jane Austen's Best Friend' hasil karya Cora Harrison. Sesungguhnya saya memang amat meminati buku tersebut kerana saya memang amat menggemari setting klasik hasil tulisan zaman moden seperti karya Julia Quinn. buku ini membuat saya sering tergelak seorang diri dan saya tidak dapat meletakkan buku itu sehingga ke mukasurat terakhir (unsur exagerasi sedikit di situ sebenarnya).
sejak dari itu saya menyimpan azam untuk memiliki novel kedua hasil karya penulis yang sama yang amat rapat persamaannya dengan buku pertama tersebut, namun belum pernah ketemu. tidaklah saya sampai mencari di Amazon pon kerana bagi saya jika ia hadir di hadapan saya, saya anggap ia adalah Jodoh... jodoh bukan untuk dicari, namun untuk ditemui... itu pendapat saya, pegangan saya secara amnya.. ia seperti kehidupan saya...tidak perlu terlalu menginginkan sesuatu, ia akan datang jika ia milik kita. tapi tidaklah bermaksud tidak bole bermimpi tinggi ke awan, tapi lebih selamat jika tenang begitu. oh sudah kisah kehidupan lain pula. 


so inilah buku kedua kesinambungan dari buku tadi, 'Jane Austen Stole My Boyfriend'. melihatkan tajuk sahaja pun sudah memadai membuatkan saya melompat di dalam hati...insyaAllah, suatu hari.


 selain dari itu, tidak pernah terlintas untuk mempunyai koleksi Jane Austen yang sebenar.
tapi pada suatu hari, saya ke British Library Gift Shop. terdapat satu ruang khas untuk Jane Austen's Collection. bukan, bukan buku-bukunya dijual di situ...yang terdapat disitu adalah collector's item untuk peminat  tegar Jane Austen..terdapat buku-buku seperti 'Jane Austen's Guide to Modern Life Dilemma', 'The Jane Austen Handbook' dan sebagainya.. terdapat satu rak penuh dengan barang-barang bertemakan penulis tersebut seperti 'ipad cover', jewellery boxes etc.. pada masa itu saya dapat bayangkan bahawasanya Jane Austen sudah tentu memberi impak besar kepada para pembaca hasil-hasilnya. 
lantas saya terfikir, kenapa tidak saya cuba?

sambil menunggu bus 56 di Angel Station, saya singgah sebentar di The Book Warehouse, sebuah kedai buku yang sering saya kunjungi. wah terdapat promosi buku-buku klasik... 3 bijik £5.99 sahaja.. terus sahaja saya mengambil peluang tersebut sebagai motivasi menanti tamatnya peperiksaan..

sejurus selepas peperiksaan, saya menonton sebuah filem 'The Jane Austen Book Club' untuk mendapatkan mood yang sesuai sebelum memulakan pembacaan saya.. sekadar mendapatkan mood dan emosi yang sesuai..
benar seperti dijangka, filem ini membuatkan saya tertanya-tanya apakah kisah dalam novel-novel asalnya..


cube tengok trailer ini,  antara anda amat menyukainya atau langsung tidak berminat.. ia adalah bersifat 'all-or-nothing'.. filem ini bukanlah adaptasi novel-novel Jane Austen secara terus.. ia mengisahkan 5 wanita menghadapi liku-liku kehidupan namun bersatu melalui 'book-club' mereka...sudah tentu la lelaki sorang tu menjadi perhatian saya :p

banyak lagi dalam perancangan saya...setelah menghabiskan tiga novel ini, saya bercadang mau mendapatkan 3 bijik yang lain pula... kemudian mula satu persatu menonton filem adaptasi novel-novel tersebut pula.. selepas itu saya akan cube membuat koleksi hasil-hasil adaptasi karya Jane Austen yang ditulis oleh penulis lain.. yang santai-santai je la mcm Cora Harrison punye tadi tu.. banyak rupanya..contohnya 'Mr. Darcy's Daugters', 'Little Miss Austen',  'Young Mr Darcy In Love' and etc..

ok, sehingga ketemu lagi..
saya ingin meneruskan pembacaan...
selamat malam..


No comments: