Pages

31 May 2017

Nasi Dagang Terengganu for iftar is not a bad idea after all..


saya masih amatur dalam membuat Nasi Dagang
setiap kali buat pon lain-lain hasilnya
resepi Nasi nya saya dah pernah share tahun lepas 
nasib baik tulis kat entry tu, sebab kalau tak memang setiap kali buat kene call Mummy 
bulan-bulan puasa ni Mummy sibuk
tapi kacau jugak haritu sebab nak tanye-tanye resepi gulainya pulak

saya banyak dengar-dengar orang guna rempah nasi dagang yg dh siap jual
yg famous dengarnya Cap Ros
tapi tak pernah la try lagi setakat ni

so here it goes..

Bahan-bahan : 
Ketumbar
Jintan Manis
Jintan Putih
Cili kering
Bawang merah
bawang putih
Lengkuas
Kunyit hidup
Halia
Santan
Cili Padi
Belimbing buluh (kalau ada)
and of course Ikan Aye/ Tongkol/Tuna 
Asam keping
Santan


Firstly saya basuh rempah tadi (ketumbar 2 bahagian, jintan manis 1 bahagian, jintan putih 1 bahagian) 


dan jemur rempah tadi sampai kering


pada masa yang sama, rebus ikan bersama asam keping dan garam
Ikan tu katanya potong dua je untuk original Terengganu
sebab orang Terengganu makan hidang seketul besar tu dalam pinggan pastu cubit makan ramai-ramai
rebus tu tinggal air separuh
simpan air tu


tumis cili kering yang sudah diblend sampai garing

blend bawang merah + bawang putih + lengkuas + kunyit hidup + sedikit halia
lepas tumisan cili kering tadi garing, tambah air dan masukkan bahan blend tadi
tambah jugak rempah yang diblend kering
and masukkan air rebus ikan yang berbaki 
masak la sampai rasa bawang tu masak ke warna cantik ke camtula
saya pun main agak je
lepas tu masukkan ikan
lepas tu santan dan cili api

ok dah siap!!

cili api tu kene terapung-terapung tau
saya takde belimbing, kalau ade belimbing, letak sama dengan cili td biar terapung
Gulai Nasi Dagang Terengganu yang saya selalu tengok adalah merah-merah sikit
(as compared to Nasi Dagang Kelantan yang kuah ke-oren-an sikit)










No comments: