Pages

Showing posts with label homeandliving. Show all posts
Showing posts with label homeandliving. Show all posts

04 January 2017

PENGALAMAN RUMAH PERTAMA : LANGSIR, RODS, etc

langsir rumah saya baru halfway siap
kalau takde langsir, rumah tu macam akuarium la agaknya..
sebab ada 3 sliding doors menghadap depan (1 on each level)
and belah belakannya pulak tingkap jenis bay-window sampai almost ke lantai..

for the material, saya personally sukakan Kamdar kerana banyak pilihan-pilihan earth colours kosong
saya pernah survey Macy, saya percayakan kualitinya, tapi tiada pattern yang saya nak masa tu.

ini contoh terbaik langsir yang saya suka.. warna kosong tapi embossed with corak
corak yang tidak terlalu over, ade halus-halus dedaun kecil..
(tapi malangnya kain tu out-of-stock) 

so corak seperti yang gambar di atas, tapi warna lain, saya ambik jugaklaa.. 
tapi saya guna pada sliding door untuk bedroom on the first floor..


ini another bedroom..saya suke sangat yang ini..
masa beli kat kedai tu rasa biasa je..
bila dah jadi langsir siap gantung tu rasa happy pulak tengok.. 

this is my living room.. 
saya tak tahu kenapa dah bagi exact measurement, tapi lipat-lipat die tu tak ngam-ngam 
bilik lain semua ok je
so saya rasa tukang jahit lain yang buat estimate jahit langsir panel untuk living room ni..
tapi dari segi spaces and lipat-lipat tu bukan masalah besar sangat
saya boleh adjust lagi besi tu and rearrange the spaces..
cuma kelabuhan tu saya sendiri yang salah estimate
masa saya ukur langsir tu, saya memang nak tinggi sampai ke 'just below the cornices'..
tapi lupa mengambil kira saya nak buat wooden rod untuk letak 'scallops' langsir tu..
saya pasang rods semua lepas dh tempah langsir pun..
so lepas ni kene turunkan balik dah jahit balik satu lipatan bawah tu..
jahit sendiri je la kot..straight je kan.

Upah jahit?
saya tempah siap dengan KAMDAR terus
sangat berbaloi bagi saya
siap die pasangkan pins semua tu..
siap-siap boleh terus sangkut
saya bg ukuran, die kirakan semua, 
yang jadi ngam elok tu mmg ngam elok la..
dahla MURAH gile upah!!
tak ingat la exactly brape ringgit sekaki


Rods?
Ini pun saya sangat berpuas hati
saya beli dekat kilang terus
harga borong
aluminium rails to around RM3 je kot sekaki
wooden rods tu pula around RM5 ke camtu la
Federlite/Felton ni yang memang supply ke hardware/supermarket
kami dah pergi cek, mmg dapat untung at least by half
dahla saya bagi ukuran bodoh-bodoh camtu je dalam centimetres
taukey tu sendiri tlg kira-kira and estimate berapa inci kene lebih etc
dahla tak berkira sebab die sendiri yang produce..
total double railing (alumunium) and wooden rods for EVERY windows and sliding doors hanyalah RM600+ sahaja! 
tapi takle la kalau tiba-tiba nak pegi beli sebatang kot
just google their address dekat puchong
or just Waze them!


ini pula wet kitchen..
dh buat entry kan pasal pergi Spotlight semata-mata nak lace ni..
wet kitchen ni buat half bawah, half atas
lace tu dh siap panjang (drop) macam-macam size
ade 5 sizes kot.. so utk mcm2 jenis tingkap/pintu..
siap jahit dengan mini tape.. tp saya pakai wire yang basic zaman dulu2 je sbb nk sangkut camtu je kan..
sifir die = lebar tingkap/pintu x 2.5
so hasil kedutannya seperti di atas
balik siap sangkut je.. tak perlu jahit-jahit lagi..

07 December 2016

TIPS KEDIAMAN PERTAMA : Memilih Cat dan Tona Warna

saya tahu saya jenis membosankan
apa yang saya pilih hanyalah warna selamat sahaja
tapi nak warna selamat tu pun takut..



colour palettes nya sangat-sangat banyak
rona kuning air/cream yang saya nak pun ada nak dekat beratus-ratus pilihan..
orang kata warna katalog dan warna sebenar di dinding akan berbeza..



dalam ketidakpastian, kami memilih Coconut..
rungsing di hati kalau-kalau terang pula nanti bila sudah di dinding kami..
namun, kami tawakkal..

 

Alhamdulillah, hasilnya exactly seperti yang saya mahukan..



contohnya ini..
dalam katalog warnanya kelihatan biru muda yang lebih terang..
dalam komputer pula kekelabuan.. tapi mungkin juga 'screen brightness' komputer itu berbeza..
dan sekali lagi, it turned out well on our walls.

dan saya amat jakun..melihat warna dibancuh sendiri depan mata..

saya rasa semua warna tersebut masih 'warna selamat'.. boleh dipadankan dengan apa jua warna lembut lain.. so takdela saya kene cari barang yang kene betul-betul of the same shades..




Happy just by looking at it..



niat di hati nak beli few of bathroom mats..
weekend ni nak mask rumah kan..

survey puny survey takde yang berkenan yang affordable..
this one is the best i found
soo fluffy and soft
but, it's RM 59.90 each!!
 and i have 5 bathrooms..
each need at least 3..
you do the maths!

#wishlist
#starttabungbaru


02 December 2016

LACE DRAPE FROM SPOTLIGHT ^_^




can't wait to see how it will turn out to be

i'm so overwhelmed to be in SPOTLIGHT!
and so glad will have something 'Australian' in our kitchen
(but of course obviously it's Made in China)


21 November 2016

TIPS KEDIAMAN PERTAMA - Belajar dari pengalaman PLASTER CEILING, GRILL, PAINT grrrrrrr


baru sekali mungkin saya update pasal rumah kami
almost setiap hujung minggu pasti kami ke sana
namun progress sangat perlahan
kerana beberapa faktor logistik
dan banyak sangat kekecewaan kami dengan kontraktor-kontraktor renovate 
(bukanlah kami renovate mane sangat pun)

progress so far:
1) plaster ceiling on 1st floor - pada hari penyerahan kunci, ade beberapa contractor dating offer macam-macam... one of them adalah untuk buat plaster ceiling di level 1.. ini kerana hanya level tu takde plaster ceiling, hanya concrete ceiling..memandangkan contractor tersebut adalah subcontractor ceiling developer perumahan tu, kami pun setuju..bahkan harga yang ditawarkan agak memberangsangkan... katanya boleh siap pasang dalam 2-3 hari sahaja kalau bahan dah sampai... kemudian bila saya visit on weekends tu mcm tak siap-siap jugak... rupanya dia kata dia hanya buat plaster siling itu... bahagian cat2 tu kita sendiri.. OMGGGGG!! sakit hatinyaa!!



ada ke kite tempah siling pastu bertampung-tampung? kalau ye die akan biarkan tak di cat, die kene bagitau kite awal-awal supaya kite tahu harga die tu tak full lg kannn...lepas tu bila kita cari quotation2 tukang cat memang harga cekik darah la semuanya.. untuk satu family area dan 2 bedrooms ada yg mintak up to RM3700 okeh!! cat putih je kott... katanya sebab siling kene banyak layer.. so whatever la kan!!

so kesudahannya kami cat sendiri.. beli cat Nippon Paint sealer and Glo total RM400 lebih je yang tong bear 15L and 18L tu (quite a good deal, lupa nama kedai tapi dekat Bangi la).. then 2 weekends Paih cat dengan Abang.. hasil pun memuaskan... ramai yang takut-takutkan di blog 'cat siling susah etc'.. tp Alhamdulillah jimat RM3K..

2) kami pasang cornice skirting kat semua ruang bawah dan family area level 1.. contractor tu kata 'sekarang bukan trend pakai cornice lg dah... bla bla bla'.. tak kisah la mister, saya tak kira trend.. memang saya nampak rumah dari zaman dulu-dulu pun dah ade cornice.. tapi saya nak jugak.. bagi saya cornice penambah seri.. kerana saya bukan peminat contemporary.. 


3) later on dinding main area ni nak re-paint jugak.. belum decide on the colour lagi.. most likely very light yellow/cream... yang kali ni kami nak upah tukang indonesian yang keje dengan developer ni.. die part-time senyap-senyap ambik upah odd jobs macam ni... upah pun tak mahal.. kita beli cat, die cat malam-malam.. takde 'orang tengah' makan duit atas angin yang menyebabkan semua benda mahal..
and the cornice will remain white untuk contrast... and later on nak cari wainscoting.. tp tu semua later..

4) Grill kami ambik dengan T***** M**** sebab bengkel belakang tu je.. harga grill generally semua lebih kurang je mana-mana kontraktor pun..tapi sebab bengkel ni dekat, so kami pilih je yang ini.. mula-mula kami dapat good impression mengenai kerja-kerja mereka sebab orang tu pandai mulut manis.. but later on kami sedar bahawa dia mulut je manis, dan pada masa yang sama suka kutuk org lain punya bisnes.. tapi sebab dah tempah kan, so tahan je la.. tapi kerja mereka tak kemas.. tak tahu la kalau diorang sengaja cincai sebab geram kami tak upah diorang untuk cat etc.. tapi taukey tu memang macam jenis berdendam la..sebab masa die cerita-cerita kutuk-kutuk bisnes orang lain tu kami dah sense yang 'we have to be careful with him'.. so kami tak complain-complain sangat benda-benda kecik yang diorang buat tak kemas.. malas nak gaduh kecoh-kecoh.. tapi kami tengok lebih 10 rumah di baris kami tempah dengan dia jugak..maybe semua pun terpedaya macam kami.. 

contoh ketidakkemasan kerja mereka adalah - diorang cat putih keliling grill kat main front door tu sampai terkena door frame yg berwarna kelabu.. nampak conteng2..tak straight line.. lepas tu ade nampak kesan hitam hangus welding dkt dinding rumah yang diorg drill and welding wall plug... lps tu ade kesan kemek grill kat bilik bawah kesan dia ketuk... lepas ni kita cat balik je la semua.. tak guna gaduh, bahaya..



5) and paling last kami dah buat adalah pasang lampu kipas etc.. ni hanya yang main lights je la.. decorative lights etc belum pasang.. pertamanya kerana faktor budget, tapi keduanya adalah belum ketemu yang menggamit hati.. so sekarang asalkan boleh masuk rumah tak bergelap cukupla kan.. kipas dan lampu kami beli di kedai yang famous kat puchong tu.. sebenarnya tak compare harga kat kedai lain pun..sebab susah nak compare one to one sebab bukan exact same brand kan.. tp kipas semua KDK aje..tkde kipas fancy-fancy sebab dah belajar dari pengalaman rumah WCY, kipas yang fancy tak menjamin kesejukan angin..hahaha..  

berbeza dengan kerja-kerja lain, kami sangat sangat berpuas hati dengan contractor electric kami.. kerja kemas.. takde nak hitam-hitam tangan tu pergi sentuh siling or dinding kami.. takde tinggalkan sampah.. takde tinggalkan habuk yang diorang korek siling..takde tinggal habuk diorg korek dinding.. wahhh legaaa rasanya...

Akhirnya weekend seterusnya boleh basuh dan bersihkan rumah!!!!! memang excited tapi pasti menyumpah dalam hati sepanjang basuh rumah tu sebab banyak sangat kene sental perkara-perkara yang ditinggalkan oleh tukang renovation..sebab masa dapat kunci tu rumah dah bersih semua dah.. tapi datang setiap tukang sana sini tu comot sana comot sini.. buang puntung rokok dalam sink kami.. tangan hitam sentuh siling putih... sentuh dinding-dinding.. apa diorang ingat rumah kami ni masih construction site ke ape.. grrrrrr..... *headache*


31 August 2016

RUMAH KEDIAMAN PERTAMA ANDA TIPS DAN PANDUAN


tajuk entry sangat poyo
i've been reading blog posts on moving into new house, the do's and don'ts and all


the chronology is:

JULY 2014 - kami beli rumah ni! kami jumpa di Expo Hartanah di midvalley
22 July, we signed the agreement
construction baru mula
estimated akan siap in 2 years

JULY 2014 - JULY 2016 - 2 tahun kami berangan pasal rumah tu
tapi tak sempat savings langsung untuk nak renovate bila masuk disebabkan kami telah bercuti tanpa gaji selama setahun September 2014-September 2015 demi sebuah cita-cita dan ilmu
- but along the way kami ade jenguk2 construction sites

21 JULY 2016 - dapat kunci!!! banyak plan kami untuk rumah tu..
tapi kami janji dengan diri kami untuk bersabar dan buat perlahan-lahan
komitmen lain masih banyak

mula-mula masuk:
-cek semua benda yang tak puas hati - tanda dan email kepada developer
- so far sangat puts hate dungeon the floor plan

TAPI SANGAT KECEWA DENGAN TILING JOBS
-firstly mmg tak kemas - i mmg sgt particular melihat tiling lines
-susah nak suruh dia baiki balik sbb it's generally tk kemas
-mane-mane yang sgt obvious senget atau nampak simen mmg saya tanda untuk diorg tukar
-secondly, pemilihan tiles di bathroom and kitchen tak berape menyejukkan hati saya

tapi itu sahajalah ketidakpuasan hati saya
selain itu saya sangat bersyukur dikurniakan rezeki ini

the next job is kami tempah plaster ceiling untuk first floor
floor lain semua dah ready 
tatahu kenapa first floor je takde plaster ceiling
so kami tempah dengan subcontractor yang buat dengan developer tu
simple sahaja kami buat
plain with cornice skirting
cornice tu pon yang paling simple dan basic
i cuma nak ade lekuk sikit je 
i think they offered us a good price 
i memang takde survey lain
tp sebab paling senang dengan subcontractor ni sebab dia dah tahu semua pasal project tu

my main advice untuk sebuah rumah adalah:
decide on the concept that suits you
lepas tu takdela masalah nak deco camane2
because u kind of know what theme you are looking for
lepas tu takdela caca merba susah nak fit in the sofa and curtain etc
especially untuk kami yang hanya memang akan mampu buat satu persatu je
walaupon beli satu satu dan lambat-lambat, in the end they will come together because we have agreed on the concept and theme

and there is no ONE concept yang cantik untuk semua orang
apa yang sejuk di mata anda, itulah yang sesuai
later on, i might sound judgmental and harsh on the selection of things and colours, but please don't take it personally
it's just that i have really strong opinion on my things, but doesn't mean i personally judge u if u don't agree with me


24 April 2016

Our Heaven-to-be..


 we have our Sunday all planned out since few days ago
bangun pagi awal, peri breakfast, deal untuk jumpa kat rumah Kak Linee untuk visit new baby pukul 10 pagi..
Alang-alang dah datang area selatan, kami singgah untuk melihat perkembangan rumah kami..
tak banyak perubahan sejak sebulan lalu..
memang final touch up akan slow dan lama kot..
semua tiles dah lama pasang
wiring semua nampak dh ade..
cume sink and toilet bowl tk pasang lg..
bath tub nampak dah passing.. so tatahu nak agak-agak bulan berapa siap projek tu..
excited? of course la kan..OUR FIRST HOME 
^_^
mula-mula masuk rumah tu kita makan nasi ngan telur kicap je la dulu ye nak melengkapkan segala keperluan interior rumah tu..huhuhu..


 (sedang berbincang-bincang nak letak swimming pool kat balcony kalau Luqman datang :p)





semoga dipermudahkan segalanya..
we know it's not going to be the best, but it'll be just perfect for us..

07 October 2013

Berasap jua dapurku..



berapa minggu dah tak masak?
kalau Paih balik sekejap-sekejap tu memang nak keluar dating je kan
kerana kasihkan seorang adik, akhirnya saya masak jua

aisya patut terharu dengan kasih sayangku
as usual untuk menampakkan macam banyak lauk, saya tambah crabstick..
(i know, sangat tak healthy la kan fastfood camtu, preservatives camtu sangat la no-no tapi sebab sangat convenient...)
pastu memandangkan daun limau purut memang banyak dalam peti, setiap kali menumis sudah tentu saya masukkan dalam masakan

sedap tak aisya?