Pages

20 March 2019

Our 96,072 steps in Seoul



Agak impromptu trip kami ke Seoul ni,
satu hari Paih tanya 'gi Seoul nak?'
dengar je soalan tu, saya siang malam buat homework utk siapkan itinerary kami
nak pegi 5 hari je ponnn...
tapi it took me almost 2 weeks (including late nights up to 2am) to finalise the whole itinerary
sebab overwhelmed with sooo much information

so what i did was ....

Step 1 : read general entries on Seoul and skim through other people's itineraries
Step 2 : read slightly deeper on the neighbourhoods - and make note on EVERYTHING - then decide which neighbourhood to stay
Step 3 : list down ALL THE PLACES that interest you from the readings in Step 1 - and read blogs/forums on people's experiences on each
Step 4 : decide the places that you REALLY CANNOT MISS and try to slot it into the schedule according to the location 
Step 5 : read in detail on each destination that you've already slotted in - on how to go, how much to pay, how long each journey takes, what to do. download the necesary apps to help you make an accurate planning - i used Subway, KakaoMap and Citymapper
Step 6 : touch up - decide which destination to take off the schedule if it was too hectic.. or slot in more if times allowed

i usually can have an itinerary ready only by few days, but OMG Seoul is too overwhelming.. 
so this is what my iti looks like..



and finally the time comes...

15 March 2019

We took an early morning flight (if 7.20 considered early hihi), and we landed in Seoul around 3.30pm kot.. dah jakun-jakun ambik gambar di airport sebab banyak wall plants.. kemudian kami pickup Pocket Wifi di kaunter.. dari pembacaan, selalunya pocket wifi ni around RM20 per day... tapii.. sila la cari discount.. we booked them through klook.com.. dapat RM9 per day!! Very convenient, superfast and stable connection throughout our trip.. can connect up to 3 devices kalau tak silap.. procedure nak pickup dari airport pon senang je.. ada counter sebelum pintu keluar airport.. lain waktu maybe company lain lagi murah, so the point is, carila discounted website ye.

From airport to the city ada banyak cara, depends on the size of the group..untuk kami yang berdua je ni, AREX is the best la kan.. AREX ada 2 jenis.. express or all stop.. kami naik AREX ALL-STOP train... firstly sebab almost half price dan kami tak mengejar masa pun.. tambah around 15 minutes extra je kot.. secondly sebab express tu ke Seoul station, dari seoul nanti kena connecting ke subway station yang dekat dengan accomodation kami jugak kan.. so might as well naik all-stop train tu.. tak slow pon.. so apa-apa pun, decision untuk memilih transport from airport to the city adalah bergantung di mana kita stay.. sebab ada yang suggest naik bas je kalau ada accomodation tu dekat dengan stop yang lagi direct dari airport.. untuk kami, kami ke Anguk Station sebab accomodation kami di area Insa-dong.

Banyak sangat tengok k-drama kan..so dah lama berangan nak stay in a Hanok house.. classic!! survey Hanok Accomodations memang agak mahal.. lepas extensive research, and sebab hanya nak rasa feel tu kan.. so i've decided to stay in Hanok Guesthouse 201. itu yang paling murah masa tarikh tu, tapi saya confident sebab banyak positive reviews.. satu je kekurangan guesthouse ni.. takde attached toilet and shower.. ye la harga murah kan.. tapi shower tu depan bilik kami je, dan share dgn another 2 rooms je... musim2 sejuk ni mmg gigih la kalau nak pegi toilet.. bilik mmg kecik je, tapi well-heated dan bersih.. bersih tu paling penting.. dan extra plus point untuk accomodation ni adalah location sangat strategik.. 5 minutes to Bukchon Hanok Village, 10 minutes to Changdeokgung Palace, 20 minutes to Gyeongbokgung Palace.. so our first two days memang bertemakan kebudayaan dan menyelusuri sejarah Korea.. hihi.

Aktiviti pertama kami adalah berjalan ke Myeong-dong dan Namsan Tower... semasa buat itinerary, i gave options either to walk or to talk subway.. sebab map cakap 30 minutes walking to Myeong-dong.. we wouldn't know whether the 30-minutes walk tu is do-able or stretching too much kan, sebab bergantung kepada suasana and weather.. bila dah kat sana,kami jalan je.. ingatkan nak pusing-pusing Myeong-dong dulu baru cari bas naik Namsan.. tapi sejuk gila malam tu.. sebab hailing.. the coldest day in the week.. so kami terus ke bus stop untuk naik Namsan Circular Bus no 05.. dapat tengok lampu merelip2 Myeong-dong dari jauh je la.. sebab kami memang takde plan nak shopping pape, so tak pusing pun Myeong-dong tu..  Actually ada beberapa cara nak naik Namsan.. decision kami memang solely based on budget LOL.. boleh naik teksi, cable car atau hiking up. Cable car mahallll.. bus murah gila.. ada 3 bus untuk naik Namsan, 02,03,05.. each ada different route.. circular bus ni dikenali sebagai yellow bus juga.. tinggal 3 route ni je kat Seoul.. yellow bus ni lagi murah dari bus lain.. everything is well mapped and well illustrated dekat website N'Seoul tower tu.. selain sebab bas ni murah, memang saya nak naik bas sebab dia pusing kawasan-kawasan lain dulu, indirectly boleh cuci mata, dan dapat feeling naik bus di Seoul.. Setibanya kami di kaki tower, kami masuk 7-Eleven.. beli hot chocolate.. heavennyaaa dpt hot choc di malam yang sejuk camtu.. temperature was around 1-2 degrees wehh.. katanya it snowed di Namsan just before we arrived.. aktiviti kat atas tu memang ambik gambar banyak-banyak je la.. takde buat apa dah.. tapi ada je tempat shopping kat tower tu, tapi kami tak shopping.. lepas tu turun balik naik bus.. kalau siang hari, maybe saya nak turun jalan kaki je.. sambil enjoy the view, tp sebab malam dan jalan licin, bahaya turun bukit jalan kaki kan.. sambung jalan kaki balik guesthouse.. 


16 March 2019

As i mentioned before, guesthouse kami lokasinya best.. tak sampai 5 minit berjalan, kami sampai ke Bukchon Hanok Village.. kami pergi awal 8 pagi sebab tanak melengahkan masa..dan yang penting nak elak tourist crowd.. tapi rupanya pukul 10pagi baru sepatutnya kawasan tu dibuka untuk pelawat.. sebab tempat tu mmg residential area.. mmg menjadi isu adalah tourist bising, ganggu local residents.. tapi sebab kami dah sampai kan, kami sambung je berjalan.. takdela orang jaga halau ke apa pun, dan memang kami pun tak mengeluarkan sebarang bunyi.. udara segar, kami memang enjoy the walk.. tapi pukul 9 lebih dah start ada pelawat.. bising-bising plak tu.. kami pun terganggu, geram betul.. tanak cakap la kan pelawat negara mana.. dah ada petugas-petugas start berdiri di checkpoint-checkpoint utama sambil memegang signboard 'Please talk quietly'. 



Kemudian kami balik accomodation untuk packing dan checkout..tapi kami request untuk tinggal luggage di guesthouse tu sampai petang sebab kami nak join guided tours di 2 palaces tu.. kami sampai ke Changdeokgung Palace just in time untuk start English Guided Tour yang pukul 10.15am.. it is highly recommended.. pegi palace ni tanpa join tour adalah seperti baca buku bahasa yang kita tak faham, boleh tengok je.. tapi itu bagi kami la, sebab kami minat sejarah dan budaya. hihi poyo! Tour tu FREE OF CHARGE, and takes about one and half an hour .. dia cerita pasal sejarah palace tu, pasal Joseon Dynasty, pasal reasons behing the design of the palace etc.. tour ni ada 2-3 kali sehari. oh entrance fee pun murah je.. 3,000 won je!  

Lepas tu kami jalan ke Gyeongbokgung Palace.. entrance fee sama jugak, 3,000 won. Kami plan timing untuk dapat tengok Gwanghwamun Gate Guard on Duty Ceremony.. timing sesuai je lepas tu join the schedule guided tour.. satu lagi yang boleh tengok adalah Changing of Royal Guard Ceremony, tapi kami takleh tengok sebab masa tu our guided tour tengah ongoing.. sama mcm di Changdeokgung Palace tadi, translated guided tour ni sangat recommended.. kalau tak, hanya tengok-tengok palace ambik gambar macam tak faham makna.. (again, tu personal preference).. 

So antara dua palace tu mana lagi best? Masa buat homework sebelum pergi, saya memang read up on which one you will choose if you can only choose one.. tapi kebanyakan review cakap they both offered different experiences.. so people cannot choose.. tapi masa buat itinerary sebab dah tight, i chose Changdeokgung Palace, sebab lagi cantik katanya.. dan UNESCO heritage..tapi nasib baik bila waktu sebenar tu, kami decide untuk pergi jugak Gyeongbokgung Palace.. untuk habiskan experience History & Culture di Seoul kali ni.. so saya let go dalam itinerary tu EWHA Women's University.. sebab situ nak pergi ambik-ambik gambar moden je kan.. These palaces ni tak perlu bayar entrance fees kalau pakai Hanbok.. tapi saya tak pakai la.. sebab rasa tak cukup comel nak pakai Hanbok.. haha. 

Lepas habis palace tu kami balik guesthouse untuk ambik luggage. kami naik subway ke Hongik University Station pulak untuk our next accomodation. Saya decide Hongdae neighbourhood nih sebab katanya dapat merasai suasana orang muda Seoul. Youth vibes! Banyak blog kata banyak kedai makan dan kedai pakaian murah-murah sebab cater untuk university students kan.. accomodations kami 12 minit berjalan dari subway station tu.. yang saya pilih ni macam fusion style, Han-design dengan modern contemporary, Hwon Guesthouse. ia murah tapi bersih dan ada attached bathroom. size-wise, mestila kecik sikit kan sbb tu murah. expectation tu kena la selari dengan berapa yang kita bayar kan. staff nya mesra dan peramah. siap tolong kami angkat luggage besar naik tangga walaupun dia perempuan. dapat kupon untuk any drinks kat cafe dia. bilik kami sebelah common area - ada microwave, fridge and hot water dispenser. washing machine & dryer pun ada. towels changed daily. hmm nak apa lg, bayar murah-murah takkan nak expect dapat swimming pool kan. oh tv pun ada dlm bilik kami.. tapi tak pernah on pun sebab macam sibuk je dan kami ada phone with superb internet connection kan.. 

Kami tidur dulu sejam dua sebab lenguh gila pusing 2 palace sepanjang hari. Around 6.30pm baru kami keluar ke Seoullo 7017.. Actually Seoullo ni bukanlah sebuah destinasi.. ia merupakan elevated walkways yang menghubungkan Seoul Station dan beberapa tempat lain termasuklah Namdaemun Market.. so jalan tak involve traffic la.. sepanjang walkways ni memang ada beribu-ribu pokok bunga dan attractions, lampu-lampu.. tapi malangnya walaupun dah end of March, pokok semua masih togel.. dan banyak pokok are covered (nak protect from the harsh winter kot).. so kami berjalan tu tengok lampu je la.. even so, tak regret pun datang Seoullo ni.. boleh tengok suasana Seoul city di waktu malam..  Namdaemun Market pulak tak tahu nak komen camane.. review kata beria-ria la elakkan datang waktu malam weekend kerana terlalu ramai orang la ape la kan.. kami datang tu malam dan weekend, tapi krikkk krikk je.. dahla lepas dah beli souvenir dari satu kedai tu terus nampak kedai lain jual halfprice .. huhuhu.. tapi kami sempat beli Bunggeopang, best! dalam k-drama banyak tunjuk bunggeopang ni.. antara conversation dlm k-drama tu adalah makan kepala dulu ke makan ekor dulu.. dan dalam k-drama latest saya tengok, pompuan tu jawab dia makan sirip dulu.. haha takde beza ok! lepas tu kami balik naik subway. 


17 March 2019

So this is the day.. sebab perjalanan jauh sikit.. so excited.. lagipun nak kena cross-off Nami Island from the wishlist.. honestly tak letak high expectations pun, sebab selalunya kan orang overrated tempat-tempat camni.. memang excited semata-mata nak mengimbau kenangan Jung-sang dan Yu-jin .. sebab merekalah cinta pertama saya kepada k-drama.. over ok!! winter sonata tu the first k-drama yang saya tengok, so wajiblah diraikan. nak ke Gapyeong area ni banyak cara.. tiada satu cara yang lebih baik dari yang lain.. sebab semua customised masing-masing.. saya guna cara DIY. 

Saya naik subway direct dari Hongik University Station ke Cheongpyeong Station. lupa dah berapa exact fares, tapi around RM8 lebih camtu la sehala. Adala kena tukar line, dan semakin jauh kita pergi semakin best rasanya suasana. Sebab tu Ahad, jadi ramaiiii sangat warga emas naik train yang sama dalam attire macam nak hiking. yang nak riding pon ramai. kami lama sikit (~setengah jam) transit di Sanbong station sebab terlepas train sebab tak direct pergi the right platform masa mula-mula sampai tu.. sambil tunggu next train, kami beli hot coffee dari vending machine.. murah gila! 400 won! mana nak dapat air 40sen kat tempat kite wehh.. ok setibanya kami di Cheongpyeong, kami naik bus Gapyeong City Tour Bus  untuk ke Garden of Morning Calm. bus ni jenis flat rate, bayar capped fare 6,000 won sehari.. boleh turun naik ke main tourist attractions. kalau nak pergi few places di gapyeong ni memang berbaloi la beli, tapi kalau nak ke satu tempat je, better naik Gapyeong Intra-city Bus sebab fare nya hanyalah 1,300 won per trip. saya dah buat kira-kira, kalau saya pergi 2 tempat je pun mmg lagi murah naik guna intra-city bus ni.. tapiii... bus tu senang untuk dari train station ke destinasi pelancongan tu je.. in between the destinations tu saya tak jumpa cara, takde ditulis di mana-mana blog dan signboard dan jadual bus nya semua dalam bahasa korea.. jadi saya stay dalam itinerary guna City Tour Bus tu.. tanak sampai hanya nak jimat RM5 sorang, terlepas semuanya nanti..  

Garden of Morning Calm ni indah nyaaa SubhanAllah.. and again, kebanyakan pokoknya togel.. tapi sebab lagi biru dan sunny, gambar tetap sangat cantik.. end of March pun permukaan pond masih icy.. kami jalan slow-slow, take our own sweet time.. duduk tepi pond lama-lama, makan biskut.. memang best.. gambar yang kami ambik tak boleh gambarkan best nya suasana masa tu.. pastu ada speaker yang pasang background calming music sepanjang dalam garden tu.. pandai eh dia mainkan perasaan orang.. pergi berdua ni gambar semua selfie je la.. 

Then naik balik Gapyeong City Tour Bus tu untuk ke Gapyeong Wharf..  disini la tempat naik ferry ke Nami Island.. ferry ni frequent je jugak..saya tak check timing sangat sebab pergi je join beratur situ, sentiasa panjang..mcm every 20 minutes ada ferry.. return ticket ferry dah bersekali dengan entrance fee ke Nami tu, 13,000 won seorang.. convenient je.. ferry besar dan luas, walaupun nampak ramai orang, tak rasa la crowded ke apa.. maybe belum musimnya.. sebab masa tu dah pukul 3 lebih, kami sangat-sangat lapar..terus berkejar cari makan.. kami makan di Asian Dongmoon Family Resturant.. yang tu je yang officially Halal kat situ rasanya.. ada yang suggest nasi goncang (Dosirak), lagi murah, tapi sebab takut tak puas makan nasi takde lauk camtu kan. kami pusing Nami tu ikut perasaan kami.. pergi hujung ke hujung.. ambik-ambik gambar.. nak tiru gambar Jun-Sang dan Yu-jin hihihi. kami tak bawak tripod pon, jadi adalah mintak tolang orang melayu yang lalu-lalang ambik gambar. masa tu dah pukul 6 lebih, ada satuuuu lagi area kat Nami tu kami tak pergi.. kalau nak jugak habiskan pusing tu, maybe nanti terlepas last bus Gapyeong City Tour Bus.. kene jalan kaki ke station around 30minutes..takdela jauh sangat, tapi kalau tak pergi area last tu, tayah jalan ke station.. duk berkira-kira nak pergi jugak ke tempat yang tak pergi lagi tu.. finally tak pergi sebab rasa sama je dengan area lain kat pulau tu kan.. lagipun memang kaki dah lenguh-lenguh dan sakit.. jadi sempat naik bus je untuk ke Gapyeong Station

Tanak membazir masa malam begitu sahaja kan, walaupun dah berpuluh ribu langkah di Gapyeong area, malam tu kami ke Cheonggyecheon Stream. stream tu panjang, so kami mulakan di tempat permulaan la, di Cheonggye Plaza so subway terdekat adalah Gwanghwamun Station. Stream ni kan sangat panjang, jadi kami tak decide pun nak jalan berapa jauh.. jalan sehingga puas hati dan kaki tak larat, nanti pandai-pandai la cari exit lepas tu cari subway terdekat. orang tak ramai masa tu, maybe in warmer months lagi penuh orang kot.. again, sangat bersih!! takde bau pape pun.. sepanjang jalan takde nampak sampah. enjoy sangat take our own sweet time jalan slow-slow dan snap gambar. Maybe tak sampai 2km kot kami jalan.. dan kami naik from Euljiro 3(sam)-ga Station untuk pulang ke guesthouse. 


18 March 2019

Bertolak pagi ke Hyehwa Station, siap bawak bekal nasi etc. Dari station nak he Ihwa Mural Village ni confusing sikit.. nasib baik ada baca dan instructions dari blog-blog orang lain, so combine dengan Kakaomap, sampai la ke kaki tangga permulaan tu. Kita yang tak berapa kuat stamina ni tak cukup napas laa nak sampai atas.. tapi tengok nenek-nenek tua rilekk je tu semua. Nak kata banyak sangat mural menarik tu takla jugak, tapi pengalaman tengok rumah-rumah di curam-curam tangga tu menarik. Sebab banyak k-drama yang menyewa kawasan-kawasan camni kan. Pastu dah sampai atas hujung tu kita sampai ke Naksan Park

- Ihwa Mural Village
- Naksan Park
- National Museum of Korea
- Coex Starfield Library
- Yeouido Hangang Park

19 March 2019
- Hongdae
- Incheon Airport