Pages

28 November 2016

Pastel Batik



Kenapa gambar macamni je? 

Sebab... 

Sebab kain tirus lipat kipas depan macamni hanya cantik untuk gadis kurus tinggi.. huhuhu..

Jadi bayangkan saya yang dompok ini memakainya 🙈🙈🙈🙈


21 November 2016

When a man loves a woman - Percy Sledge


This, i heard over the radio..
yes, i'm this kind..
the kind who enjoys old songs..
the kind who will be laughed at, for being too sentimental..



When a man loves a woman
Can't keep his mind on nothing else
He'll trade the world 
For the good thing he's found
If she's bad he can't see it 
She can do no wrong
Turn his back on his best friend 
If he put her down 

When a man loves a woman
Spend his very last dime
Trying to hold on to what he needs
He'd give up all his comfort
Sleep out in the rain
If she said that's the way it ought to be 

Well, this man loves a woman
I gave you everything I had
Trying to hold on to your precious love
Baby, please don't treat me bad 

When a man loves a woman
Down deep in his soul
She can bring him such misery
If she plays him for a fool
He's the last one to know
Loving eyes can't ever see 

When a man loves a woman
He can do no wrong
He can never own some other girl
Yes when a man loves a woman
I know exactly how he feels
'Cause baby, baby, baby, you're my world

When a man loves a woman

(recent photo from Kak's wedding)

Lalalalala~~~~

TIPS KEDIAMAN PERTAMA - Belajar dari pengalaman PLASTER CEILING, GRILL, PAINT grrrrrrr


baru sekali mungkin saya update pasal rumah kami
almost setiap hujung minggu pasti kami ke sana
namun progress sangat perlahan
kerana beberapa faktor logistik
dan banyak sangat kekecewaan kami dengan kontraktor-kontraktor renovate 
(bukanlah kami renovate mane sangat pun)

progress so far:
1) plaster ceiling on 1st floor - pada hari penyerahan kunci, ade beberapa contractor dating offer macam-macam... one of them adalah untuk buat plaster ceiling di level 1.. ini kerana hanya level tu takde plaster ceiling, hanya concrete ceiling..memandangkan contractor tersebut adalah subcontractor ceiling developer perumahan tu, kami pun setuju..bahkan harga yang ditawarkan agak memberangsangkan... katanya boleh siap pasang dalam 2-3 hari sahaja kalau bahan dah sampai... kemudian bila saya visit on weekends tu mcm tak siap-siap jugak... rupanya dia kata dia hanya buat plaster siling itu... bahagian cat2 tu kita sendiri.. OMGGGGG!! sakit hatinyaa!!



ada ke kite tempah siling pastu bertampung-tampung? kalau ye die akan biarkan tak di cat, die kene bagitau kite awal-awal supaya kite tahu harga die tu tak full lg kannn...lepas tu bila kita cari quotation2 tukang cat memang harga cekik darah la semuanya.. untuk satu family area dan 2 bedrooms ada yg mintak up to RM3700 okeh!! cat putih je kott... katanya sebab siling kene banyak layer.. so whatever la kan!!

so kesudahannya kami cat sendiri.. beli cat Nippon Paint sealer and Glo total RM400 lebih je yang tong bear 15L and 18L tu (quite a good deal, lupa nama kedai tapi dekat Bangi la).. then 2 weekends Paih cat dengan Abang.. hasil pun memuaskan... ramai yang takut-takutkan di blog 'cat siling susah etc'.. tp Alhamdulillah jimat RM3K..

2) kami pasang cornice skirting kat semua ruang bawah dan family area level 1.. contractor tu kata 'sekarang bukan trend pakai cornice lg dah... bla bla bla'.. tak kisah la mister, saya tak kira trend.. memang saya nampak rumah dari zaman dulu-dulu pun dah ade cornice.. tapi saya nak jugak.. bagi saya cornice penambah seri.. kerana saya bukan peminat contemporary.. 


3) later on dinding main area ni nak re-paint jugak.. belum decide on the colour lagi.. most likely very light yellow/cream... yang kali ni kami nak upah tukang indonesian yang keje dengan developer ni.. die part-time senyap-senyap ambik upah odd jobs macam ni... upah pun tak mahal.. kita beli cat, die cat malam-malam.. takde 'orang tengah' makan duit atas angin yang menyebabkan semua benda mahal..
and the cornice will remain white untuk contrast... and later on nak cari wainscoting.. tp tu semua later..

4) Grill kami ambik dengan T***** M**** sebab bengkel belakang tu je.. harga grill generally semua lebih kurang je mana-mana kontraktor pun..tapi sebab bengkel ni dekat, so kami pilih je yang ini.. mula-mula kami dapat good impression mengenai kerja-kerja mereka sebab orang tu pandai mulut manis.. but later on kami sedar bahawa dia mulut je manis, dan pada masa yang sama suka kutuk org lain punya bisnes.. tapi sebab dah tempah kan, so tahan je la.. tapi kerja mereka tak kemas.. tak tahu la kalau diorang sengaja cincai sebab geram kami tak upah diorang untuk cat etc.. tapi taukey tu memang macam jenis berdendam la..sebab masa die cerita-cerita kutuk-kutuk bisnes orang lain tu kami dah sense yang 'we have to be careful with him'.. so kami tak complain-complain sangat benda-benda kecik yang diorang buat tak kemas.. malas nak gaduh kecoh-kecoh.. tapi kami tengok lebih 10 rumah di baris kami tempah dengan dia jugak..maybe semua pun terpedaya macam kami.. 

contoh ketidakkemasan kerja mereka adalah - diorang cat putih keliling grill kat main front door tu sampai terkena door frame yg berwarna kelabu.. nampak conteng2..tak straight line.. lepas tu ade nampak kesan hitam hangus welding dkt dinding rumah yang diorg drill and welding wall plug... lps tu ade kesan kemek grill kat bilik bawah kesan dia ketuk... lepas ni kita cat balik je la semua.. tak guna gaduh, bahaya..



5) and paling last kami dah buat adalah pasang lampu kipas etc.. ni hanya yang main lights je la.. decorative lights etc belum pasang.. pertamanya kerana faktor budget, tapi keduanya adalah belum ketemu yang menggamit hati.. so sekarang asalkan boleh masuk rumah tak bergelap cukupla kan.. kipas dan lampu kami beli di kedai yang famous kat puchong tu.. sebenarnya tak compare harga kat kedai lain pun..sebab susah nak compare one to one sebab bukan exact same brand kan.. tp kipas semua KDK aje..tkde kipas fancy-fancy sebab dah belajar dari pengalaman rumah WCY, kipas yang fancy tak menjamin kesejukan angin..hahaha..  

berbeza dengan kerja-kerja lain, kami sangat sangat berpuas hati dengan contractor electric kami.. kerja kemas.. takde nak hitam-hitam tangan tu pergi sentuh siling or dinding kami.. takde tinggalkan sampah.. takde tinggalkan habuk yang diorang korek siling..takde tinggal habuk diorg korek dinding.. wahhh legaaa rasanya...

Akhirnya weekend seterusnya boleh basuh dan bersihkan rumah!!!!! memang excited tapi pasti menyumpah dalam hati sepanjang basuh rumah tu sebab banyak sangat kene sental perkara-perkara yang ditinggalkan oleh tukang renovation..sebab masa dapat kunci tu rumah dah bersih semua dah.. tapi datang setiap tukang sana sini tu comot sana comot sini.. buang puntung rokok dalam sink kami.. tangan hitam sentuh siling putih... sentuh dinding-dinding.. apa diorang ingat rumah kami ni masih construction site ke ape.. grrrrrr..... *headache*


14 November 2016



Blog is where you upload stuffs that you want to share, 
but too shy to be shared on the instagram

p/s: wearing my dream Siti Khadijah Harmoni.
akhirnya saya beli juga, tapi sebagai hadiah untuk Mummy.
kerana boleh pinjam balik lepas tu :p

10 November 2016


Eh baru perasan straw kat Petronas convenience store tu warna mint green 
(it looks cooler in real life).. 

picisan sangat kan benda-benda yang boleh buat kita bahagia.

be thankful.

07 November 2016

maybe this is third decade life crisis talking...


Dalam perjalanan pulang dari kerja, terdetik hati untuk singgah ke Perpustakaan Hospital Sungai Buloh.. saja-saja, kut2 ada yang berkenan (walaupun sudah ada beberapa novel menunggu turn untuk dibaca).. memang terdapat kepuasan yang teramat luarbiasa setiap kali membeli buku, tak kiralah buku apa sekalipon, namun tak dapat dinafikan, meminjam buku di perpustakaan juga ada perasaan yang tidak kurang enaknya..the feeling of getting unlimited numbers of books FOR FREE!!! and they can be displayed on you bookshelf for at least 1 month! Mungkin ini sesuatu yang pelik, tapi saya juga mendapat satu kepuasan melihat susunan buku di rak buku..terasa puas hati...

Ketika di kaunter peminjaman, terlintas di fikiran saya, 'i wonder how it feels like to be a librarian..surrounded by books all day long'.. kerja yang tenang tidak perlu berlari-lari.. adakah ini normal? sering kali berdepan dengan orang lain yang sedang bekerja saya akan terfikir untuk 'best jug ye kalau kerja mcm ni...'... adakah ini bermakna saya tersilap memilih kerjaya?

tidak, tidak sekalipun saya menyesal dengan cita-cita saya ini...namun saya harus akui, ia bukanlah gayahidup ideal yang saya idamkan... jauh sekali saya ingin kufur nikmat yang Allah bagi..saya bersyukur... cuma saya berharap saya dapat lalui hidup yang saya inginkan.. 

maybe this is third decade life crisis talking...