Sebagai anak kacukan Kelantan-Terengganu, seringkali sukar membuat pilihan (okeh, maaf poyo di situ, kacukan konon!) Contoh pilihan sukar tu adalah 'nasi dagang terengganu ke nasi dagang kelantan lagi sedap?'.. Memang takde obligation untuk pilih punn sebenarnya..
Okeh untuk nasi dagang sebenarnya saya memang totally into nasi dagang Terengganu, ia lagi berlemak manis, tidak muak..gulainya juga jenis boleh tambah tambah takkan rase loya.. (Hanyalah pendapat peribadi saya)
Minggu lepas saya memang teringinnn sangat nak nasi dagang..kalau duk Terengganu memang senang la, take-away saje lah! Namun di sini susah kott nak cari yang best..jadi terpaksa buat sendiri.. Resepi nya saya tulis disini agar suatu hari nanti tak perlu lagi saya nak call Mummy setiap kali nak buat nasi dagang..mind you that this recipe is a my mun's modified version by combining tips from several different people..
Pertama sekali saya telah membeli pengukus baru..tidaklah cap buaya pon, sekadat cap kucing yg dijual di kedai serbaneka.. RM49 sahaja okeh!
NASI
Beras pulut : beras biasa = 1:5
Rendam beras sekurang-kurangnya 8 hours (so start rendam the night before)
Kukus campuran beras selama 1jam (alas pengukus dengan kain Muslin)
Kemudian beras tadi pindah masuk bowl besar untuk di-arung dengan air panas mendidih.. 'Arung' bermaksud sedikit demi sedikit tambah liquid sambil kacau sambil tengok beras menyerap liquid tersebut..
Pindah beras yg di-arung tadi kembali ke dalam pengukus, kukus selama 15 minit seterusnya. Masa ni saya tambah halba.
Pindah balik ke dalam bowl. Kali ini arung dengan campuran santan pekat.
SANTAN PEKAT ini bercampur hirisan bawang merah dan hirisan halia dan garam dan gula (garam kene masin purit supaya apabila campur nasi nanti ade rase masin manis lemak).
Lepas arung tu kemas-kemaskan nasi tu tutup dengan daun pisang.
Senang sahaja sebenarnya kan!
Gulainya plak saya takle nak share resipi la sbb saya pun main hentam sahaja..
Takde kain muslin, terpaksa guna tudung bawal ekslusif 😂😂😂
Ini setelah di-arung dengan santan sebelum tutup dengan daun pisang.
Gulai ikan tongkol,wajib ade cili api berenang-renang..kalau nak best mak kata kene letak belimbing, confirm saya takde.
Alhamdulillah inilah hasilnya, sempena harijadi Paih yang ke-32 mengikut tahun Hijrah, 5 Ramadhan.
No comments:
Post a Comment