Pages

25 February 2015

Kenapa perlu tahu definisi PCOS?


(kiut-kiut rupenye poster kalau Google Image utk PCOS)

Apa yang public tahu mengenai PCOS?
rasanya di zaman sains dan teknologi ni ramai yang tahu PCOS kan
tapi istilah itu tidak semudah itu utk didefinisikan..

PC - PolyCystic
O - Ovaries
S- Syndrome

so akan ada keadaan dimana seseorang itu PCO namun tak semestinya ade PCOS.. 
definisi yang paling diterima umum untuk PCOS ni mengikut Rotterdam criteria - sempena mereka bersidang di Rotterdam pada tahun 2003.
mereka telah mempersetujui bahawasanya untuk meng-diagnos seseorang dengan PCOS haruslah memenuhi sekurang-kurangnya 2 daripada 3 criteria die bawah

 1.  menstrual irregularities/oligo/amenorrhea/chronic anovulation
 2. hyperandrogenism
3. polycystic morphology on ultrasound

(from Google je)

so untuk kriteria pertama tu - definisinya agak luas - pendek kata, period tak teratur laa.. tapi harus diingatkan tak semua period tak teratur tu ade PCOS - lenkali la plak kongsi cite detail pasal ni kan

kriteria kedua - bermaksud simptom-simptom yang menandakan terdapat peningkatakn hormon androgen. androgen ni orang selalu sebut hormon lelaki, tapi sebenernya dua-dua jantina pon menghasilkan hormon ini..tapi bergantung pada jumlahnya pulak sikit ke banyak kan.. contoh-contoh simptom nya adelah berbulu lebat (tapi tak semua yang bebulu lebat adelah kerana hyperandrogenism kan, ade yang kerana genetik), jerawat, rambut botak (male-pattern baldness), central adiposities (kegemukan bahagian abdomen) dan macam-macal lagi la..

ketiga pula - kelihatan cyst-cyst pada ovary yang memenuhi kriteria sekurang-kurangnya lebih 12 cyst yg bersaiz 2-9mm.. 

tapiii harus diingatkan bahawa tidak semua PCOS akan memiliki dan memanifestasi semua ini .. dan juga tidak semua yang memiliki ciri-ciri tersebut adelah PCOS kan..

ini sekadar perkongsian la..takle nak dijadikan penulisan saya ini sebagai bahan asas/rujukan untuk rawatan diri sendiri plak kan.. (kalau ade orang terbace entry ni laa..)

okeh tu kriteria untuk nak memenuhi diagnosis PCOS sahaja..
kalau dah PCOS sekalipun, memang setiap individu berbeza
agar sukar untuk dikatakan semua PCOS harus 'classical' seperti yang kita selalu anggap
'berbulu, gemuk, tak subur'..
kerana PCOS adelah keadaan yang 'heteregenous'

saya memenuhi kesemua kriteria diagnosis PCOS di atas..
ovaries saya adelah typical textbook picture of pearl necklace sign..

so ape manfaatnya mengetahui diganosis tersebut?
kebanyakan simptom PCOS harusla di tackle secara individu..
kalau masalah jerawat, bole cube COCP..
kalau masalah fertility, bole cube ovulation induction..
tapi ade juga orang PCOS yang tiada yang ketara langsung...

pentingnya diagnosis ini adelah kerana kesedaran terhadap risiko-risiko yang berkaitan keadaan ini
contohnya risiko-risiko mendapat diabetes dan penyakit seperti jantung atau stroke
tapi bukanla untuk menakut-nakutkan semua orang kan..
cume kene sedar dan cube untuk membuat LIFESTYLE MODIFICATION !
ayuhhhh!!!
(saya dah belly threadmill tapi berape kali gune?? hihihi)



No comments: